Pembidaan XXIII Olympiad

Disebabkan oleh Pembunuhan Munich dan masalah kewangan yang dihadapi oleh Montreal pada Sukan Olimpik Musim Panas 1976, hanya dua bandar yang membida, yakni Los Angeles dan Tehran. Namun, Tehran telah menarik diri disebabkan oleh perubahan dasar pemerintahan selepas Revolusi Iran. Oleh itu, Los Angeles diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 1984 pada 19 Mei 1978 semasa Sesi IOC ke-80 yang dianjurkan di Athens.[3]